admin
 
   
 
 
 
Pengenalan

 

MAKLUMAT BANTUAN EKONOMI KAMPUNG ( BEK )

1.0 PENGENALAN

Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) adalah pemberian terus (geran) yang diberikan kepada pengusaha desa yang berdaya maju untuk meningkatkan pengeluaran hasil dan kualiti produk masing-masing khususnya di kampung GDW.

2.0 OBJEKTIF BANTUAN

  1. Untuk meningkatkan bilangan pengusaha desa menerusi bantuan peralatan dan kelengkapan perusahaan.
  2. Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran produk kampung untuk pasaran orang ramai.
  3. Untuk memberi peluang kepada pelatih KEMAS, pengusaha tempatan dan para belia melibatkan diri secara aktif dalam  perniagaan.
  4. Untuk melebarkan jaringan perniagaan dikalangan para pengusaha di desa ke pasaran yang lebih luas.

 

3.0 PERUNTUKAN BANTUAN EKONOMI KAMPUNG.

Nilai bantuan tidak melebihi RM20,000.00 bagi sesuatu projek berdasarkan kelulusan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kelulusan Bantuan Ekonomi Kampung.

4.0 KATEGORI BANTUAN PROJEK 

    1. Jahitan
    2. Makanan
    3. Kraftangan

5.0 KUMPULAN SASAR

  1. Bekas Pelatih KEMAS
  2. Pengusaha Kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW)
  3. Pengusaha Kecil Luar Bandar yang berpotensi

6.0 SYARAT PENERIMA BANTUAN EKONOMI KAMPUNG

  1. Pemohon hendaklah berumur antara 18 tahun hingga 56 tahun serta mempunyai kesihatan yang baik.
  2. Peserta/pengusaha yang berdaftar dengan Direktori Usahawan Luar Bandar / Kelas / Kursus KEMAS atau pengusaha-pengusaha berpotensi luar bandar.
  3. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam projek yang diusahakan.
  4. Membuka akaun bank dan membuat rekod keluar masuk / pendapatan bagi setiap bulan.
  5. Mempunyai cadangan projek perniagaan yang kukuh melalui penyediaan Rancangan Perniagaan(RP) yang lengkap.
  6. Permohonan Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) hendaklah melalui Jawatankuasa Kerja Kampung (JKKK). *
  7. Sekiranya pengusaha tidak menjalankan perniagaan pihak kemas berhak menyerahkan kepada pengusaha yang berkelayakan.
  8. Mengikuti kursus-kursus anjuran KEMAS dari masa ke semasa sekiranya diperlukan berbuat demikian.

7.0 PROSES ALIRAN KERJA

7.1 Rujuk Lampiran 1

8.0 BILANGAN PENERIMA

8.1 Penerima Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) 2006 - 2008 (Rujuk Lampiran 2)
8.2 Penerima Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) Mengikut Jantina (Rujuk Lampiran 3)
8.3 Penerima Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) Mengikut Bidang (Rujuk Lampiran 4)

9.0 KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM

9.1 Kajian keberkesanan BEK telah dilaksanakan kepada 98 daripada 378 orang penerima BEK bagi tahun 2006 dan 2007 (26%).


9.2 Indikator Penilaian

    i. Jumlah Pendapatan sebelum dan selepas menerima bantuan
    ii. Jumlah Pengeluaran
    iii. Sasaran Pemasaran


9.3 Dapatan Penilaian – Pertambahan Pendapatan

    9.3.1 Bidang Jahitan

    1. 19% - Peningkatan pendapatan kurang dari RM200.00
    2. 50% - Peningkatan pendapatan RM200.00 - RM799.00
    3. 31% - Peningkatan Pendapatan lebih RM800.00

    9.3.2   Bidang Pemprosesan Makanan

    1. 10% - Peningkatan pendapatan kurang dari RM200.00
    2. 40% - Peningkatan pendapatan RM200.00 - RM799.00
    3. 50% - Peningkatan Pendapatan lebih RM800.00

9.4 Dapatan Penilaian - Pertambahan Pengeluaran

9.4.1 Bidang Jahitan

a. 9% - Peningkatan pengeluaran kurang 10 pasang

    1. 71% - Peningkatan pengeluaran 10 - 49 pasang
    2. 21% - Peningkatan pengeluaran 50 pasang keatas

9.4.2 Bidang Pemprosesan Makanan


a. 5% - Peningkatan pengeluaran kurang dari 200 biji
b. 50% - Peningkatan pengeluaran 200 - 1,000 biji

  1. 50% - Peningkatan pengeluaran 1,001 - 2,000 biji

9.0 SASARAN PASARAN

Terdapat beberapa pengusaha telah berjaya memasarkan produk-produk melalui :

i. Hypermarket (Mydin) - 6 orang
ii. Singarore International Halal Showcase (SIHAS) - 2 orang
iii. MAHA - 6 orang
iv. Thailand - 2 orang
v. MIHAS - 4 orang